feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
DISCLAIMER r@ullazi Menulis Berpandukan Apa Yang Terlintas Difikiran Secara Spontan. Jika Ada Idea Yang Extreme, Sila Abaikan.

Nostalgia Meriam Buluh, Meriam Palung n Meriam Tanah..

Labels:

Sekarang ni kan, masa yang berdetik aku rasakan terlalu sekejap.. 3 mggu lepas aku punye lah berazam nak pose sungguh2, nak sucikan hati, nak tobat, now...x sampai seminggu lagi kaum Muslimin and Muslimat satu donia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Kojap gilo ahh masa berlalu!

Nak dijadikan cerita, hujung minggu lepas aku pulang ke kampung halaman.. Menemani mak aku yang sunyi keseorangan kat rumah.. Lepak2, jalan2, pusing2 satu kampung, rupa2nya aktiviti tahunan budak2 kampung aku kini dah kembali lagi...Hohoho, biasanya lagi 2 mggu nak raya..grup2 budak2 ni akan menubuhkan batalion mereka sendiri..Tujuan?? Main meriam!!


Dah establish batalion masing2, maka berpakat2 lah diorang membina senjata masing2..atas daya kreativiti masing2..n atas daya usaha masing2, maka terciptalah himpunan meriam2 yang berdentum-dentum n sgt syahdu utk didengar setiap malam, petang and paling best..Selepas subuh! (walaupun bunyi macam bom atom, and boleh mengakibatkan serangan jantung kepada pengidap lemah jantung). Dulu, waktu aku kecik2, setiap rumah akn ada satu meriam (at least). Kalu x bdk2 yg main..bapak budak yang main..


Pusing2 kampung lagi..aku nampak macam2 varieti meriam diorg buat..Yang berani mati pnya, stail x takut terjahan pihak polis selalunya buat meriam palung (pakai paip HDPE hitam, diorg curi dari kontraktor Lembaga Air Perak). Dah potong cantik2, diorg pacak kat depan rumah or tepi jalan.. Dah ala2 meriam yang nak tembak bala tentera Portugis dah! Nak play safe, buat meriam katak..Simple, letak karbaid..tutup ngan tin susu saiz XL, then cucuh..Booom!! Polis datang,cabut laa..Buang la sama itu tin..

Kalu nak lebih nostalgia, bdk2 akn pegi masuk utan..and cari itu buluh meriam..Potong2 area 1.5-2.0 m, selepas tebuk ruas2 buluh tu then bole la pacak dpn rumah..Modus operandi yg sama, polis datang..Kita cabut, Buang sama itu buluh dalam sungai..Hahaha..Kalu nak bunyi meriam yang mantops, diorg buat meriam tanah..Meriam ni feveret aku waktu kecik2 dulu kerana kemampuannya menghasilkan satu dentuman yang maha dasyat n pada masa yang samamenghasilkan satu frekuensi 'bass' yang sgt syahdu jika dimainkan disubuh hari.. Hehehe..
Ada paham?

Ingat2 balik, terkenang la plak zaman dolu2..If bole diundurkan masa, for sure aku pon tgh sebok dgn meriam aku..Stp petang, area2 kol 6..lawan tembak2..Enjoy la main meriam sampai nak bbuka..lpas bbuka smbung lagi..Kalu karbaid abeh, kitorg pow mak ayah, n kalu diorg x bagi..mintak la sket kt kawan2..Kalu member2 x bagi jugak, kitorg curik duit masjid..Hehehe..Punye la kemaruk nk main meriam..

Gambar atas: Meriam tanah..mother of all meriam, (bg aku laa..)

Main meriam ni xde mende pon, cumenya adalah menjadi satu kebanggaan jika meriam yg dibuat meletop dengan DAHSYATNYA!!. Then, kalu meriam tu power, bole la bakar line dkt kwn2 yg buat meriam tapi x power @ bunyi x kuat..Hehehe, biasala...mula2 buat mesti la x power, tp through experience..lama2, power laa..Tau bancuhan or nisbah karbaid dgn air yg btol+calculation utk saiz meriam..Kita boleh dapatkan satu hasil yang sangat mengkagumkan..Tapi awas, main meriam neh sgt bahaya..X sesuai utk dimainkan oleh budak2 kategori budak manja@anak mak... Hehehe

Masa berlalu, kini aku pon dah bekerjaya..Ada history yg baik dalam akademik n now enjoy ddok kat KL..tapi aku xkn lopa kenangan manis main meriam waktu kecik2 dulu.. =).. Masih ingat lagi kat asal usul, n nasihat aku kpd budak2 yg main meriam..main lah dengan berhati2..coz inilah kenangan anda utk masa hadapan..Sepanjang aku main meriam, Alhamdulillah, xde la pulak crite pasal meriam buluh meletup sampai hancur muka, melecur sana, melecur sini..Pendek kata, bermain lah dgn hati2.. Majulah meriam untuk negara.. Ngeh ngeh ngeh..






I need new joystick..

Ni baru sampai dari bkeje...sampai2 tros on PC, uha Fesbuk, frenster, check mail n buat la apa2 yang patut..

Bosan2, bukak gem..Layan kjap Medal of Honour-Pacific Assault..pon boring gak, asyik kantoi jek kat stage Iwo Jima..BunBun..Bukak la plak Pro Evo Soccer 9...Aku memang suke game2 bola neh...dari dulu sampai la skarang x pnah jemu layan gem2 bola neh...start la dari FIFA 98 sampai FIFA 09 (10 thn dah tu melayan FIFA..hohoho)... Lagi2 kalu dapat chalennger yang best2...lagi truk penyakit neh, anak bini pon bole tlupe...hahaha

ODW tgh layan PES 09, josytick meragam lagi..Siot tol!!...kat PC aku jek kalu kira-kira balik, dah ada 6 Joystick...But sumenye terbarai dek tangan2 yang bermain mengikut emosi dan baran x tentu pasal..Habis jahanam keenam2 joystick trsbut!! hahaha..



Kini aku ada planning mau beli baru, smalam roger kat Low Yatt...ada nampak satu joystick brand Nazar...Macam best jek..Ingat mau beli..Ergonomik, selesa..Harap2 pasni xde la crite 'kalah disebabkan joystick rosak'.. Dulu ada skali aku kalah kat sin can..sbb, joystick rosak..Hahaha...so, the game was unfair, coz aku x leh tunjuk full potential!!





Kini kembali ber'blogging'

Dah lama rasanya aku x bukak blog aku sendiri..sampai sume text HTML expired sbb lama sgt x aktif..

Dulu, waktu nak membuat blog tuh (warna hitam) bukan main lagi, sampai x tido malam..tp after 5 bulan selepas tuh..template dia pon orng dh x leh nampak..chatter's box plak dah lesap ntah kemana..n now, aku create sumthing yang baru, yang lebih kalerful (supaya menarik minat aku sendirik untuk menulis kat blog ni...hehehe =P )

Sedar x sedar, hit kat blog aku neh dah cecah 11000 pengunjung!! Bapak power, padahal aku x pnah update pon...hohoho..Bilangan ni dah jauh melebihi hit blog tunang aku sndiri yang slalu edit blog dia (
http://www.eyein-chenta.blogspot.com/)
Dari statistik yang aku semak, rata2 ramai datang melawat blog aku ni datangnya dari negara Indonesia, tgk artikel pasal photo Sharbat Gula..Hmm, tp photo tu memang berhantu pon...hehehe..unik..

Ok, nway..this blog has been changed by myself...from previously 'darkness concept' to the blue one...Hope this may bring good Feng Shui to me and also to the readers...
Enjoy!!




Rimbun keampunan

Labels:

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan




Lelaki n perempuan sangat berbeza...

Labels:

Hmm, ni just copy-paste dari satu laman web ape ntah (aku dah lupe daa)..Tapi isinya sangat menarik n' boleh dijadikan panduan utk kapel2 macam aku neh..hehehe..Perbezaan antara laki n pempuan..sebenarnya macam langit dan bumi..Bacalah, n buat justifikasi sendiri..

Light Bulb

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”


Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain tak kisahlah scandal, ex-boyfriend, office-mate walaupun dalam gurauan.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  13. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  15. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!Club Me 3
  16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

RAUL- Fakta diatas memang btol!! I'm a believer..



Melbourne-Akhirnya.. F1 2009 start jugak.

Labels:

Dah berbulan2 menunggu, n ' hari neh F1 race yg pertama akan berlangsung jugak.. Kalu tgk kat record practise session smalam, mcm x best je..team2 heavyweight sumenye lingkup..including la BMW Sauber aku..adoi..

BMW x perform lah..

Tapi takpe, mayb sesi qualifying jap lg akan bg result yg berbeza kot..Kpd die-hard-fans F1, bole la tgk sesi kelayakan free kat NTV 7 kol 2 ptg neh..hehehe.. Aku? BMW SAUBER!!

RAUL-Hope BMW Sauber 'ngetop' waktu qualifying.




F1 2009.. Satu dimensi yang baru..

Labels:


Preview Kete F1 08 vs F1 09



Musim F1 2009 akan bermula tak lama lagi.. N' pastinya peminat2 setia F1 tak sabar nak menyaksikan pemandu kesayangan masing2 berlumba kat di litar. Aku boleh la dikatakan 'die-hard-fans' perlumbaan F1 semenjak 1998 lagi..(waktu tu aku mula start kenal team2 hardcore mcm Ferrari, McLaren..team2 intermediate mcm Steward Ford, BAR Honda, Sauber Petronas, Arrows dan Minardi)..

Waktu blajar kat UPM dulu, aku memang x lepaskan peluang utk menyaksikan F1 setiap tahun.. Menjelang race kat Sepang, jenuh aku mencari 'kabel' utk tiket free kesana-sini..terima kasih kepada kawan2 yang telah menjawat jawatan besar dalam Petronas, MOF, Kementerian2 di Putrajaya, Golf Course...Dapat lah aku nengok F1 dari grandstand dengan tiket yang murah!!

Dari musim 1998 sampai lah ke musim 2008, macam2 peraturan dah dikuarkan FIA ntok memeriahkan lagi saingan F1 neh.. N' kadang2 peraturan tu just dicipta untuk menyekat penguasaan pasukan2 Giant (mcm Ferrari n' M. Schumacher, season 1998-2002). Kadang2, rules diubah untuk keselamatan pemandu, sistem mata, menghalang kebergantungan pelumba kepada teknologi (macam kes larangan menggunakan 'traction-control') n' macam2 lagi..

BMW Sauber 2008

BMW Sauber 2009

Aksi BMW Sauber 2008

Aksi BMW Sauber 2009


Tapi, perubahan rules yang paling obvious adalah untuk musim 2009 neh..Macam2 penambahan dari segi teknikal dan tektikal dibuat..N' menjadikan permulaan saingan F1 2009 di Litar Melbourne, Australia satu debaran (utk peminat loyal F1 sahaja..) Antara perubahan yang paling ketara adalah:
  • Aerodinamik
- Sayap depan direndahkan kpd 75 mm (dari 150 mm) dan dilebarkan kpd 1400 mm - 1800 mm (sama lebar dengan kereta).

- Sayap belakang ditinggikan sehingga 150 mm dan dipendekkan kpd 750 mm - 1000 mm.

- Sayap yg mengaruhkan udara kedalam radiator, winglets, chimney jugak diubah kepada lebih kecil.

- Diffuser di belakan kereta dibuat lebih panjang dan lebih tinggi agar ia dapat mengurangkan 'downforce'.

- Perubahan aerodinamik ini secara signifikan mengurangkan 'downforce' yang dihasilkan sewaktu kereta bergerak laju.


  • Tayar
- Tayar slick diperkenalkan semula selepas 10 tahun.

2008-Grooved tyres

2009- Slick Tyres

  • Kinetic Energy Recovery Systems (KERS)
- Berfungsi macam NOS dalam game Need For Speed-Underground. Tenaga berlebihan yang dijana dari proses 'braking' disimpan oleh KERS (melalui flywheel mekanikal atau bateri)..n' kemudian boleh digunakan oleh driver untuk mendapatkan tenaga tambahan/booster.. (power yang digenerate boleh mencecah 80hp!!) Tetapi hanya untuk jgkamasa 7 saat/lap.

  • Enjin
-Putaran enjin (RPM) dikurangkan dari 19000 kpd 18000
-Pelumba cuma boleh pakai 8 engine sahaja utk satu season.


Bnyk lagi sebenarnya perubahan yang dibuat.. tapi 3 perubahan yang diatas cukup utk menunjukkan betapa F1 2009 sangat lain dari tahun yang lepas.. So, bagi kita peminat setia F1, harap satu saingan yang best n mendebarkan utk season 2009 nanti..

;)

RAUL-Enor, tolong konfemkan tiket F1 kat aku secepat mungkin!!